Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, November 30, 2008

TONIK SETAN

KUALA LUMPUR: Harganya murah iaitu hanya RM4 sebotol, tetapi kesannya sungguh luar biasa. Ini menjadikan arak ini ‘minuman rasmi’ mat rempit dan bohsia sebelum beraksi di jalan raya dan melepaskan nafsu di ranjang.
Arak berjenama Thai Song yang diseludup dari negara jiran ini kini dijual secara berleluasa, termasuk di kedai runcit yang boleh dibeli remaja dengan bebas.
Minuman yang dianggap ‘tonik setan’ ini dianggap mampu membuatkan mereka khayal segera bagaikan steroid untuk meningkatkan keberanian melakukan aksi maut ketika menunggang motosikal.
Lebih memalukan, ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual mereka.
Thai Song dikatakan lebih ‘power’ berbanding arak lain berikutan mengandungi alkohol tinggi, mencecah 30 peratus. Bagi mendapatkan kesan lebih hebat, ada mat rempit mencampurkan arak itu dengan sejenis air berkarbonat serta pil ecstasy supaya lebih ‘kick’ (cepat dan lebih khayal).
“Sejam selepas itu, mula rasa khayal dan wujud perasaan berani. Apabila lupa diri, waktu itu ada yang berlumba, tidak kurang juga ambil kesempatan melakukan seks kerana lebih bertenaga dan menyeronokkan,” kata mat rempit yang hanya mahu dikenali sebagai Zan berusia 19 tahun.
Dia yang terbabit dalam aktiviti itu sejak berusia 15 tahun berkata, kesan khayal berlarutan antara tiga ke empat jam bergantung pada sebanyak mana seseorang itu meminumnya.
“Pernah kawan saya minum banyak botol, dia tidur dari jam 2 pagi hingga 5 petang keesokan.
Apabila khayal, kita tak tahu apa yang kita buat, sebab itu kebanyakan mat rempit menjadikan tempat tersorok seperti bangunan lama atau hutan, malah kubur, sebagai tempat lepak untuk minum dan buat ‘projek’ (seks bebas).
“Apabila sudah pengsan, ia mengambil masa lama untuk sedar dan pulih,” katanya ketika ditemui di Bangsar, baru-baru ini.
Menurutnya, Thai Song dipilih kerana harganya murah dan senang dibeli, selain menjanjikan rasa khayal sama seperti minuman lain.
“Selain Thai Song, ada arak jenis lain seperti ‘kapak’ dan ‘99’ agak mahal dijual antara RM8 dan RM12 sebotol. Biasanya, kami memilih Thai Song kerana kebanyakan mat rempit dan bohsia tidak berduit dan masih bersekolah,” katanya yang sering berkongsi wang bersama rakan untuk membeli Thai Song.
Penganggur, Roy, 22, berkata dia mula minum Thai Song sejak dua tahun lalu kerana menganggap minuman itu lagi ‘power’ berbanding bir yang sekadar mengandungi lima hingga lapan peratus alkohol.
Katanya, bir yang mudah dibeli di mana-mana premis jualan runcit memerlukan belanja besar kerana ia perlu dibeli dalam jumlah banyak, antara empat hingga lapan tin bagi seorang dengan harga sekitar RM7 hingga RM9 setin.
“Kalau minum Thai Song, minum dua botol dah cukup boleh mabuk. Ia tidak sama macam bir yang membuat saya cepat mengantuk dan mudah hilang kawalan diri.
“Jika minum Thai Song, kepala ‘berdenyut’ dan membuatkan saya segar. Saya jadi lebih berani ketika beraksi di jalan raya, buat apa saja saya tidak takut,” katanya yang berasal dari Shah Alam.
Menurut Roy, dia dan rakan mengambil minuman berkenaan biasanya sebelum keluar merayau-rayau dengan motosikal mereka, sama ada sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Katanya, untuk tujuan itu, mereka sekadar mengambil dua hingga tiga botol minuman itu kerana jika diambil berlebihan mereka boleh lupa diri dan mabuk keterlaluan.“Bahaya jika minum (Thai Song) dalam kuantiti banyak.
Ia boleh menyebabkan saya hilang kawalan dan tidak sedar apa yang dilakukan.
“Cukup sekadar mengambil dua botol, itupun sudah ‘kick’. Bukan saja hilangkan rasa segan dan malu, malah ada kala saya dapat lakukan aksi luar biasa, seperti aksi ‘pacak’ dan memecut laju dengan lebih berani berbanding dalam keadaan normal,” katanya.
Pekerja kilang, Adi, 21, dari Kuala Lumpur, berkata meminum arak murah itu bagaikan perkara wajib kepada dia dan rakan jika hendak berlumba dengan geng motosikal daripada kumpulan mat rempit lain.Katanya, selain mendapat keseronokan dan mabuk selepas meminum arak itu, mereka menjadi agresif dan ia dapat menghilangkan rasa gementar sebelum memulakan perlumbaan.
“Walaupun berlumba sekadar enam hingga 10 tiang (lampu), dalam keadaan normal saya akan berasa gementar. Selepas minum (arak), semua perasaan itu hilang.
“Ketika menarik pedal minyak motosikal, saya bertukar ghairah dan bersemangat. Ia sangat menyeronokkan,” katanya.
Menurut Adi, minum arak itu juga membuatkan dia kelihatan lebih hebat dan digeruni di kalangan mat rempit lain.Katanya, ini kerana mat rempit yang tidak mengambil arak atau ganja dipandang rendah.
“Memalukan jika turun atas jalan kalau ‘kepala kosong’. Sudah jadi ‘trend’ di kalangan kami buat begini. Tidak kira sama ada ambil Thai Song atau ganja.
“Namun, bagi saya lebih selamat ambil arak. Jika dicekup polis dan pihak berkuasa pun, kesalahan minum arak tidak seperti ambil ganja yang boleh menyebabkan kami dihantar ke pusat serenti,” katanya.
Bagi pemuda berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Ali, dia ketagih Thai Song sejak tamat sekolah tahun lalu.Bagaimanapun, katanya, dia sangat terseksa ketika mula mencuba minuman itu kerana rasanya pahit dan membuatkan dia mabuk sehingga pengsan.
“Arak ini memang kuat, pertama kali mencuba sukar mengawal diri. Perlu kerap minum supaya lebih biasa. Tidak seperti minum bir, mabuknya boleh dikawal kerana ‘kick’ lambat (terasa).
“Berbanding Thai Song, minum sebotol saja, kalau tidak biasa sudah boleh dapat kesannya. Paling penting, harganya murah dan tidak perlu berbelanja banyak untuk mabuk,” katanya yang kini menetap dengan keluarga di Petaling Jaya.
Selain berseronok, Ali berkata, dia juga meminumnya untuk mendapatkan keberanian ketika melakukan kegiatan mencuri motosikal bersama rakan.
“Susah bergerak (mencuri motosikal) dengan rakan kalau kepala tidak ‘berisi’. Jika dalam keadaan mabuk, saya lebih berani dan mudah jalankan tugas,” katanya. (Akhbar Harian Metro)

Sabtu, November 29, 2008

KES PENGHIDAP HIV SEMAKIN MENINGKAT DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Seramai 82,704 orang dilaporkan menghidap penyakit HIV di Malaysia sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 1986, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malhotra, berkata Malaysia ketika ini menghadapi halangan untuk mencapai Sasaran Pembangunan Milenium (MDG) PBB dalam membasmi virus HIV/AIDS.
"Setakat Jun 2008, jumlah orang yang menghidap HIV sejak 1986 telah mencecah 82,704 orang. Kami menghadapi epidemik tertumpu dengan satu hingga lima peratus populasi tertentu menghidap virus itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Red Carnival anjuran Yayasan PT di Sungai Wang Plaza Sabtu.
"Selaras dengan garis panduan PBB, Malaysia perlu menumpukan usaha terhadap lima kumpulan berisiko tinggi pengguna dadah, pekerja sex, transeksual, homoseksual dan pekerja asing," kata Malhotra.
Menurut laman web Program Pembangunan PBB (UNDP) Malaysia, pada tahun 2000, lima peratus jumlah populasi dilaporkan dijangkiti HIV/AIDS dan jumlah tersebut meningkat kepada lapan peratus jumlah populasi pada 2006.
Malhotra percaya salah satu kaedah terbaik untuk mencegah penularan wabak HIV adalah menerusi pendidikan dan pemahaman virus itu sendiri.
Red Carnival, yang ditaja oleh CIMB Bank dan PBB Malaysia serta disokong Kementerian Kesihatan dan Majlis Aids Malaysia, bertujuan untuk menggalakkan remaja Malaysia supaya sedar mengenai penyakit ini, dan seterusnya mengikis stigma dan menghapus diskriminasi terhadap pembawa virus HIV positif. (BERNAMA

MEMBELI BELAH DAN BERJIMAT PADA JUALAN JIMAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Jualan Jimat Malaysia (MSS) 2008 akan menawarkan orang ramai yang minat membeli-belah 37 hari peluang dan keseronokan membeli-belah bermula hari ini hingga 4 Januari tahun depan.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata MSS memberi peluang kepada pelancong dan warga tempatan membeli-belah dan berjimat kerana kebanyakan barangan daripada pakaian, aksesori dan peralatan rumah sehingga pakej percutian serta aktiviti waktu lapang ditawarkan pada harga diskaun sepanjang tempoh jualan. (Berita Harian)

SENTRAL: PENIPUAN DI INTERNET GUNA NAMA KASTAM

PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan sindiket penipuan antarabangsa yang menipu orang ramai dengan meminta mereka mengambil barang yang dikirim dari luar negara tetapi perlu membayar cukai kepada KDRM terlebih dulu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Jaapar, berkata sindiket yang aktif sejak sebulan lalu itu mencari mangsa menerusi laman sembang di internet dengan menyatakan hadiah yang dikirim dari luar negara melalui pos ditahan KDRM kerana belum membayar cukai.
Katanya, sindiket itu meminta mangsa membayar cukai import menerusi talian dengan memberikan nombor akaun tertentu supaya hadiah berkenaan dapat dituntut di gudang kastam.
“Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang dalam akaun berkenaan tetapi akhirnya mengetahui ditipu apabila anggota sindiket menghilangkan diri setiap kali dihubungi sedangkan hadiah belum diperoleh.
“Apabila mangsa menghubungi KDRM, mereka mendapati kiriman hadiah yang dimaksudkan tidak pernah wujud,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pencegahan), Datuk Mardina Alwi dan Pengarah Kastam Selangor, Datuk Roslan Yusof.
Ibrahim berkata, pihaknya juga mengesan sindiket penipuan dengan mendakwa menjalankan lelongan barangan rampasan KDRM dan meminta mangsa membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, KDRM Selangor mencatatkan kejayaan terbaru mematahkan cubaan menyeludup rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM15.4 juta termasuk nilai cukai, antara 19 November lalu hingga kelmarin.
Ibrahim berkata, rokok dirampas daripada dua kontena dan sebuah trailer di Pelabuhan Barat, di sini. (Berita Harian)

Jumaat, November 28, 2008

RENJIS RENJIS DI PILIS.......
SELAMAT PENGANTIN BARU......

SAIFUL SANGKAL DIA LUMPUH, SAKIT KELAMIN

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, hari ini menyangkal fitnah dan tohmahan yang tersebar di laman-laman web kononnya dia lumpuh, terlantar sakit serta menghidap penyakit kelamin.
Beliau menegaskan, fitnah yang disebarkan di laman-laman web dan 'cakap-cakap' yang menyatakan dia terlantar sakit dan telah meninggal dunia adalah pembohongan besar yang direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
''Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya sangat baik dan tidak sebagaimana yang ditohmahkan oleh pihak-pihak tersebut.
''Hari ini saya tampil untuk menyangkal segala fitnah yang dilemparkan terhadap saya serta keluarga setelah dua bulan mendiamkan diri.
''Saya masih lagi bersemangat untuk menunggu hari perbicaraan walaupun terkilan sedikit kerana kelewatan tarikhnya,'' katanya pada sidang akhbar di pekarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Pusat Islam di sini hari ini.
Kata Saiful, kelewatan tarikh perbicaraan tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk memberi keterangan demi menegakkan kebenaran.
Sebelum itu, pada 20 November lalu, permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Anwar atas tuduhan meliwat Saiful akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Februari tahun depan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan tarikh itu sebagai menimbangkan permohonan pihak peguam bela mewakili Anwar yang memohon menangguhkan pendengaran semakan kes itu.
Ditanya apa yang dilakukannya sementara menunggu hari perbicaraan, Saiful memberitahu, dia masih berehat, menenangkan fikiran berikutan keputusan mahkamah terhadap dakwaannya ke atas Anwar itu.
''Setiap hari saya memohon kepada Allah supaya perbicaraan kes itu akan berjalan dengan lancar dan walaupun lambat saya yakin setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya,'' jelasnya.
Mengenai rancangannya untuk berkahwin dengan tunangnya, Janna Syariza Mohd. Zaki, Saiful hanya berkata: "Jika ada jodoh kahwinlah saya.''
Sebelum itu peguam Saiful, Zamri Idrus tiba di pejabat Jawi pukul 10.55 pagi sementara bapanya, Azlan Mohd. Lazim tiba 10 minit kemudian manakala Saiful hanya muncul pada 11.10 pagi.
Mengenai kunjungan Saiful ke pejabat agama itu dalam tempoh yang singkat, Zamri enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, pihaknya membuat sedikit perbincangan dengan Jawi.
Mohd. Saiful sebelum ini mendakwa Anwar yang kini Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang di Parlimen, meliwatnya pada 26 Jun 2008 di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini. (Utusan Malaysia)

4 LANGKAH PERKEMAS SEKTOR AWAM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan empat langkah menambah baik sektor perkhidmatan awam, termasuk membenarkan mereka yang sebelum ini memilih mengikuti skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyertai skim pencen, mulai tahun depan.
Tiga langkah lain ialah memberi bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota sektor awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, membuat menambah baik skim pegawai hingga pembantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) serta pegawai kanan hingga konstabel polis.
Tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji turut diumumkan untuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana mempunyai persamaan fungsi dan tugas dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Perdana Menteri berkata, semua langkah itu yang sudah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja Sektor Awam baru-baru ini, akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.
Mengenai penukaran skim KWSP kepada skim pencen, Abdullah berkata, keputusan dibuat itu akan memberikan manfaat kepada kira-kira 40,000 anggota sektor awam yang pada masa ini memilih menyertai skim KWSP.
“Tempoh pilihan bermula sebulan mulai 1 Januari hingga 31 Januari dan tarikh kuat kuasanya pula ialah mulai 1 Februari depan. (Berita Harian)

Selasa, November 25, 2008

Biskut Malaysia selamat

ALOR GAJAH - Kesemua biskut yang dijual dalam pasaran tempatan dan dieksport oleh Malaysia kini bebas daripada pencemaran melamine, kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.
Menurut beliau, biskut yang dicemari melamine sebelum ini telah ditarik balik dari pasaran dan dilupuskan.
"Berikutan dengan langkah yang diambil kerajaan dan kerjasama yang diberikan oleh pengilang, sudah tiba masanya kita membuat pengumuman bahawa biskut di Malaysia adalah bebas dari pencemaran melamine," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang biskut Julie's di Kawasan Perindustrian Alor Gajah di sini semalam.
Liow memberitahu, pengguna dan pengimport tidak perlu lagi meragui keselamatan biskut keluaran Malaysia kerana ia mematuhi tahap melamine yang ditetapkan selaras dengan negara lain seperti United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Hong Kong.
Katanya, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bekerjasama dengan pihak industri dalam memastikan biskut keluaran Malaysia mematuhi tahap melamine yang ditetapkan.
Berikutan dengan penemuan melamine dalam beberapa jenis biskut yang dieskport terutama di rantau Asia, beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan pantas mengenal pasti punca pencemaran melamine dalam biskut iaitu ammonium bikarbonat yang dimport dari tiga buah kilang di China. (akhbar Berita Harian)

Peperiksaan beri tekanan kepada kakitangan awam berusia

RAUB: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) bersetuju tindakan yang bakal diambil oleh Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memboikot Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) jika ia tidak dimansuhkan tahun hadapan.
Presidennya, Sabri Mohd Arsad, berkata PTK memang memberi tekanan kepada kakitangan awam terutama kepada golongan yang berusia dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang tugas masing-masing.
"Malah kakitangan awam ini (yang berusia) turut mendapat pengiktirafan cemerlang dalam tugas sebelum ini serta turut menunjukkan prestasi yang baik dan sentiasa berada di tahap tinggi.
"Berbanding golongan muda yang hanya menunjukkan prestasi cemerlang di atas kertas peperiksaan dan selepas mendapat keputusan Aras 4 kedua-dua kertas maka mereka mendapat anjakan gaji," katanya.
Katanya, cara itu tidak adil bagi golongan veteran yang mengakui tidak dapat memberi tumpuan dalam peperiksaan seterusnya menjejaskan mutu kerja masing-masing.
"Sebaliknya, golongan guru muda yang masih segar minda dan tidak melakukan banyak perkara di luar kelas dapat memberi tumpuan kepada peperiksaan untuk memperolehi keputusan cemerlang.
"Keputusan itu membolehkan mereka mendapat tangga gaji yang lebih tinggi dan mungkin dapat merapatkan jurang gaji dengan golongan senior," katanya kepada Berita Harian.
Sabri berpendapat PTK harus dimansuhkan bagi menjaga kekananan seseorang pegawai itu untuk terus bertugas dengan cemerlang dan berkualiti," katanya.
Sementara itu, katanya tempoh perkhidmatan seseorang guru lulusan lepasan diploma pada gred DGA29, DGA32 dan DGA34 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah turut dijaga kebajikan mereka.
"Ada guru lepasan diploma mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan sebelum menyahut seruan kerajaan melanjutkan pelajaran menjadi mangsa keadaan.
"Mereka bukan sahaja menerima gaji yang rendah berbanding rakan seangkatan yang tidak melanjutkan pelajaran, malah terus ketinggalan dalam tawaran kenaikan pangkat dalam perkhidmatan," katanya.
Menurutnya, guru lepasan diploma yang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah menjadi golongan guru muda di gred DG41 dan terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapat gred DG44, dan sesetengahnya tidak sempat menerima tawaran kerana bersara.
"Sebaliknya, guru yang tidak melanjutkan pelajaran terus mendapat pembelaan dari segi perjawatan dan menikmati gaji yang lebih tinggi," katanya.
Sehubungan itu, Sabri mencadangkan semua guru yang melebihi 10 tahun perkhidmatan sebelum memiliki ijazah dinaikkan gred DG44 secara otomatik selepas disahkan dalam jawatan bagi mengelak berlaku perasaan tidak puas hati.
"Jika ini tidak dilaksanakan, ia akan menjejaskan hasrat kementerian melahirkan lebih ramai guru sekolah rendah berijazah," katanya. (akhbar Berita Harian)

Laporan Mengenai Serangan Seksual Terhadap Wanita Penan Dikeluarkan Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Hasil siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap wanita dan pelajar perempuan kaum Penan oleh pembalak di pedalaman Sarawak akan dikeluarkan bulan depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata sebuah pasukan petugas khas yang diwujudkan untuk menyiasat dakwaan itu sejak skandal terbabit didedahkan September lepas, telahpun menyelesaikan siasatan mereka.
"Mereka baru saja pulang dari Sarawak. Kami telah mendengar cerita daripada kedua-dua pihak. Sekarang ini kami menunggu laporan siasatan polis.
"Kami akan menyiasat sehingga ke akar umbi dan menanganinya dengan cara yang paling telus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tumpuan kementerian terarah kepada memastikan hak kaum wanita sentiasa didukung, dan ini bermakna mengadakan ujian DNA ke atas mangsa bagi mengesan penjenayah terbabit sekiranya perlu.
Dakwaan itu muncul apabila laman web Bruno Manser Foundation menyiarkan artikel yang mendakwa yayasan itu menerima maklumat daripada sumber kaum Penan bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram.
Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Akta Kanak-kanak 2001 yang ketika ini di peringkat akhir semakan, akan diserahkan kepada Kabinet awal tahun depan dan dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun depan.
Beliau berkata pindaan baru itu akan turut memuatkan Dasar Perlindungan Kanak-kanak (CPP) dengan penubuhan mekanisme bagi mengesan kanak-kanak yang hilang merupakan sebahagian besar daripada dasar berkenaan.
Katanya sebuah Jabatan Kanak-kanak juga akan ditubuhkan menjelang 2010 bagi menangani semua aspek berhubung hak kanak-kanak termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebajikan.
Terdahulu, Dr Ng berkata beliau akan mengetuai sebuah delegasi terdiri daripada pegawai dari Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara, Badan Bukan Kerajaan selain kementeriannya ke Kongres Dunia kali ketiga Menentang Eksploitasi Seksual Kanak-kanak dan Remaja di Rio De Janeiro, Brazil mulai 25 hingga 28 Nov.
Beliau berkata persidangan itu akan menangani pelbagai isu berkaitan eksploitasi seksual ke atas kanak-kanak termasuk pemerdagangan kanak-kanak untuk tujuan seks, pornografi dan buruh.-- BERNAMA

Operasi Besar-besaran Kesan Pendatang Tanpa Izin Fasa Kedua Awal Tahun Depan

KOTA KINABALU, 24 Nov (Bernama) -- Operasi bersepadu besar-besaran fasa kedua bagi mengesan pendatang tanpa izin akan dilancarkan di bahagian pantai timur Sabah Januari depan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman.
Beliau yang juga ketua operasi bersepadu itu berkata operasi secara berperingkat itu akan meliputi semua daerah di kawasan berkenaan.
Fasa pertama operasi yang dilancar secara rasmi 7 Ogos lepas, tertumpu di kawasan barat negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa keselamatan yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Wisma Innoprise, di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 30 siri operasi termasuk operasi ulangan dijalankan yang menyaksikan 29,575 orang diperiksa di kawasan sasaran termasuk kampung, kawasan setinggan dan tapak pembinaan.
Sukarti berkata daripada jumlah itu, 2,935 orang pendatang tanpa izin ditangkap kerana tidak memiliki dokumen yang sah.
"Setakat ini, kita telah membelanjakan sekitar RM2.4 juta bagi membiayai operasi bersepadu di kawasan pantai barat dan kita menjangka akan membelanjakan jumlah yang serupa untuk pantai timur," katanya.
Mengenai program pendaftaran buruh asing yang berakhir pada 31 Okt lepas, Sukarti berkata seramai 312,837 buruh asing telah mendaftar dengan Jabatan Imigresen untuk membolehkan mereka bekerja di negeri ini.
Sukarti berkata Jabatan Pendaftaran Negara menerima 17,000 permohonan untuk mendapatkan MyKad hijau yang diberi kepada pemegang sijil kelahiran Malaysia (stateless) dan pemegang Mykad hijau sedia ada.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 1,272 telah didaftar tetapi kelulusan hanya diberi selepas proses penapisan.-- BERNAMA

Isnin, November 24, 2008

Dunia tersilap tidak ikut Malaysia

LIMA 23 Nov. – Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”
Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”
Mengulangi gesaannya supaya wujud respons yang boleh membawa kepada pembaharuan dalam arkitektur kewangan bagi mencipta Bretton Woods 2, Najib yakin kesedaran telah muncul di kalangan negara-negara maju, misalnya seperti ketetapan mengenai isu keberkesanan sistem Bretton Woods yang dimasukkan dalam Deklarasi Washington Kumpulan 20 (G-20) baru-baru ini dan dicerminkan juga dalam kenyataan para pemimpin APEC pada sidang kemuncak di sini.
“Sekarang ini ekonomi mereka yang kena, jadi mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersilap langkah.
“Sekarang ini mereka sedar penyusunan semula kepada struktur kewangan dunia perlu dilakukan. Pembaharuan struktur kewangan ini perlu diambil kira sekiranya kita hendak membendung kemungkinan perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.
Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.
“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.
“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.
Dalam pemukiman pemimpin-pemimpin APEC di Pusat Konvensyen Kementerian Pertahanan Peru di sini yang dikawal ketat, Najib duduk bersebelahan Presiden Mexico, Felipe Calderon Hinojosa dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak.
Acara itu yang dipengerusikan oleh Presiden Peru, Alan Garcia Perez turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, Presiden China, Hu Jintao serta ketua negara dan kerajaan dari 21 buah negara anggota APEC. Malam tadi para pemimpin APEC itu diraikan dalam satu jamuan gala dan persembahan kebudayaan Peru.
Najib menjelaskan, sidang kemuncak APEC itu yang pertama kali disertainya berjalan dalam suasana yang terbuka dan positif dengan krisis kewangan dunia menjadi sesuatu yang menarik perhatian semua pemimpin pertubuhan serantau itu.
Forum
“Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadikan APEC sebagai satu forum (berkesan) dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan nanti boleh menggambarkan kepimpinan APEC dalam soal menangani krisis kewangan global,” ujarnya.
Krisis kewangan global setakat ini menyebabkan pakej menyelamat AS$750 bilion terpaksa diumumkan di AS manakala banyak bank dan syarikat di AS dan Eropah terpaksa diambil alih oleh kerajaan.
“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.
“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.
Beliau menambah, beberapa negara APEC seperti China dan Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal masing-masing tetapi “kita mengambil langkah ini berdasarkan keputusan domestik.”
Menurut Najib, terdapat kebimbangan para pemimpin pertubuhan itu yang menyuarakan tiada satu ketetapan dibuat berdasarkan kepada apa yang diperlukan oleh ekonomi global untuk mengelakkan dunia tergelincir dalam kemelesetan.
Katanya: “Kalau ada satu perancangan yang lebih terselaras, maka suntikan daripada setiap negara APEC itu boleh dilihat dalam konteks menyelamatkan dunia daripada kemelesetan global.”
Para pemimpin pertubuhan yang mengamalkan dasar tidak terikat itu, kata Najib, bersetuju dengan saranan tersebut dan bersedia menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing bagi menambah perbelanjaan selain meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna.
“Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.
Najib juga berkata, apa yang menarik dalam sidang kemuncak itu ialah setiap pemimpin negara APEC yang bercakap, tiada seorang pun yang tidak menyentuh mengenai bahaya dasar perlindungan terhadap ekonomi dunia.
“Dalam menghadapi keadaan ini, apa yang perlu dilakukan adalah menentukan perdagangan dunia merupakan sistem yang bebas dan terbuka. Sehubungan itu sidang kemuncak ini juga menetapkan supaya segala usaha dilakukan bagi memastikan rundingan perdagangan bebas Pusingan Doha dapat dimuktamadkan pada bulan Disember,” katanya.
Rundingan Pusingan Doha yang dimulakan pada 2001 mencapai kebuntuan pada Julai lalu berikutan pertelagahan antara AS dan India berhubung perdagangan kapas. (akhbar Utusan Malaysia)

913 kakitangan awam dibenar kerja sambilan

KUALA LUMPUR 24 Nov. — Kerajaan meluluskan sebanyak 913 daripada 934 permohonan kakitangan awam untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan sejak Jun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharum.
Beliau berkata, kelulusan diberi kerana kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan seperti tidak dilakukan dalam waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas mereka.
“Permohonan adalah daripada kalangan pegawai peringkat rendah dan golongan profesional seperti guru, pensyarah dan doktor... dari Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya melibatkan lima orang,” katanya menjawab soalan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Johari berkata, kakitangan awam digalakkan membuat kerja sambilan termasuk doktor dan guru menggunakan kepakaran masing-masing di luar waktu kerja tanpa menjejaskan prestasi mereka.
“Contohnya para guru mengadakan kelas tambahan, pensyarah boleh berceramah, doktor membuka klinik untuk menambah pendapatan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, usaha juga dilakukan untuk menarik minat 250 lulusan perubatan dari luar negara yang tidak pulang berkhidmat selepas tamat belajar kerana pendapatan kecil di dalam negara.
Razali bertanya jumlah pegawai kerajaan yang memohon untuk mengambil kerja sambilan dan langkah kerajaan memantau prestasi mereka agar tidak menjejaskan produktiviti semasa melaksanakan tugas utama sebagai pegawai kerajaan. (akhbar Utusan Malaysia)

Ekonomi global pulih dalam 18 bulan

LIMA: Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) menggulung sidang kemuncak tahunan mereka di sini sambil melahirkan keyakinan dapat menangani krisis ekonomi global yang melumpuhkan di dalam tempoh 18 bulan.
“Secara umumnya, semua bersetuju bahawa 2009 akan menjadi tahun yang sukar bagi ekonomi global tetapi dalam 2010, kami menjangka melihat sedikit tanda awal pemulihan dan diharapkan ia akan berada atas landasan (ke arah pemulihan),” kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad.
“Adalah melegakan apabila pemimpin Apec menunjukkan kepimpinan yang positif untuk menangani krisis kewangan global sekarang ini dengan memberikan komitmen untuk melaksanakan perdagangan yang bebas dan terbuka dan untuk memuktamadkan perundingan perdagangan global Pusingan Doha menjelang Disember,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas berakhir sidang kemuncak dua hari itu. (Akhbar Harian Metro)

Masuk ICU lepas khatan

KUALA LUMPUR: Kegelisahan seorang ibu untuk mendaftarkan anaknya menyertai program berkhatan beramai-ramai menjadi petanda awal malang akan menimpanya.
Anaknya, Mohd Farhan Ishahak, 10, terpaksa dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut berikutan kesakitan melampau dialaminya dipercayai kesan berkhatan itu.
Kaedah berkhatan itu menggunakan alat tertentu yang disarungkan pada kemaluan.
Bapa kanak-kanak itu, Ishahak Mak, 40, berkata sehari selepas dikhatankan, Farhan mengadu sakit ketika hendak membuang air kecil, tetapi dia menyangka ia perkara biasa dialami kanak-kanak yang mengalami proses terbabit.
Dia dan isterinya, Umi Kalsom Ahmad, 37, kemudian cemas apabila mendengar anak sulung mereka itu meraung kesakitan kerana tidak dapat membuang air kecil.
“Keadaannya bertambah teruk kerana sepanjang malam dia meraung dan menangis kesakitan apabila hendak membuang air kecil. Lebih mengejutkan kawasan sekitar bawah pusatnya menjadi kehitaman, selain buah zakar membengkak.
“Memikirkan kesakitannya akan berterusan sehingga ke pagi, dia dibawa ke klinik berhampiran. Bagaimanapun, apabila melihat keadaannya semakin teruk, kami mengambil keputusan membawanya ke PPUM.
“Sampai di situ, doktor bertanyakan mengenai alat yang disarungkan pada kemaluan Farhan. Saya menjelaskan anak saya baru dikhatankan,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.
Menurutnya, doktor terbabit memberitahu, anaknya perlu menjalani pembedahan bagi menghalang jangkitan akibat penggunaan alat itu.
“Esoknya Farhan menjalani pembedahan, namun sehingga kini keadaannya tidak stabil dan terpaksa bernafas melalui alat bantuan pernafasan selepas dibius bagi mengurangkan kesakitan dialaminya,” katanya.
Peserta hanya perlu membayar RM10 seorang membabitkan lebih 300 peserta.
Katanya, pihak penganjur seakan-akan tidak dapat mengawal keadaan kerana sebahagian ibu bapa diberi taklimat dalam dewan manakala sebahagian lagi sibuk membuat pendaftaran.
Sementara itu, jurucakap PPUM mengesahkan kanak-kanak itu menjalani rawatan di hospital berkenaan.
“Dia diberi pengawasan rapi,” katanya.Doktor yang bertanggungjawab menguruskan majlis berkhatan itu ketika dihubungi, berkata jangkitan kuman berlaku kerana kanak-kanak itu tidak membuang air kecil.
“Sepatutnya ibu bapa Farhan menghubungi saya dengan segera bagi membolehkan tindakan diambil seperti membuang alat itu bagi membolehkan dia membuang air kecil.
“Ibu bapanya mungkin tidak mendapat maklumat secukupnya. Mereka tidak hadir pada taklimat yang ditetapkan berhubung program berkhatan itu,” katanya.
Katanya, dia sudah mengedarkan jadual taklimat dua minggu sebelum majlis berkhatan beramai-ramai itu. (akhbar Harian Metro)

Biskut Malaysia bebas melamine

ALOR GAJAH: Kesemua biskut yang dijual dalam pasaran tempatan dan dieksport oleh Malaysia kini bebas dari pencemaran melamine, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.
Katanya biskut yang dicemari melamine sebelum ini sudah ditarik balik dari pasaran dan dilupuskan.
“Berikutan dengan langkah yang diambil kerajaan dan kerjasama yang diberikan oleh pengilang, sudah tiba masanya kita membuat pengumuman bahawa biskut di Malaysia adalah bebas dari pencemaran melamine,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang biskut Julie’s di Kawasan Perindustrian Alor Gajah di sini hari ini.
Liow berkata pengguna dan pengimport tidak perlu lagi meragui keselamatan biskut keluaran Malaysia kerana ia mematuhi tahap melamine yang ditetapkan selaras dengan negara lain seperti United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Hong Kong.

POLICEMAN IN ICU AFTER ASSAULT BY 30 PEOPLE

MELAKA, Nov 23 (Bernama) -- A police constable was admitted to the Intensive Care Unit (ICU) of Melaka Hospital after he was assaulted by a group of 30 people at a restaurant in Ayer Keroh early yesterday.
Constable Mohd Fairus Shafie who was having supper at the restaurant between midnight and 2am suffered serious head injuries.
Melaka police chief SAC I Datuk Mazlan Mansor said Mohd Fairus, 22, was beaten up by a group of 30 people, some using crash helmets.
He said Mohd Fairus from Kota Tinggi, Johor, who was attached to the Melaka CID division was off duty at the time.
Fifteen people aged 18-42, three of them injured, had been remanded for one week to assist investigation under Section 148 of Penal Code.
Mazlan said police had yet to establish the motive for the assault and urged those with information to assist by calling Melaka Tengah police at 06-2842222. (Bernama)

ROBBERY, SERIAL RAPE SUSPECT FOUND HANGED IN POLICE LOCK-UP

ALOR STAR, Nov 23 (Bernama) -- An armed robbery and serial rape suspect was found dead, hanging from a towel, in the Kota Star district police headquarters' lock-up yesterday.
Kedah police chief Datuk Syed Ismail Syed Azizan said the suspect was believed to have committed suicide between 3pm and 5.30pm before he was found hanging from the towel in the lock-up.
He said the suspect had been remanded since Friday after he was believed to have been involved in an armed robbery at a goldsmith shop in Jitra recently.
"He was also suspected of being involved in a series of rape in Kulim," added Syed Ismail when contacted, here, today.
He said the suspect's death would be investigated and police were waiting for the post-mortem report. The suspect's mother, S. Kanaghambal, 54, said she was informed about her son's death by two policemen who came to her house in Taman Lobak Paya, Kulim about 8pm.
"I knew about my son's arrest from a friend of his but I didn't know for what offence and where he had been taken to.
"Last night, I was told that he had died in the police lock-up. He is believed to have committed suicide but I don't believe that my son Suria could have done it as he had no problems, including mental," she said when met today. (Bernama)

NICOL MAKES IT A PERFECT 10 FOR THE YEAR AFTER THIRD CONSECUTIVE HONG KONG OPEN TITLE

KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- World number one Datuk Nicol David completed a hat-trick of Hong Kong Squash Open titles after outlasting Racheal Grinham of Australia in four thrilling games at the Hong Kong Culture Centre Piazza, today.
The 25-year-old Penang lass needed 53 minutes to subdue the Aussie third seed who had managed to level the score at one game each, before wrapping up the next two games for a 14-12, 11-13, 11-8, 11-8 win and clinch her third consecutive Hong Kong Open.
The win saw Nicol, the top seed, stretch her unbeaten run to 53 matches in the WISPA Tour while the win ensured her 10th title of the year on the Wispa Tour.
The other titles are Marsh Apawamis Open, CIMB KL Open, Dunlop British Open (Liverpool), Seoul Women's Squash Open, CIMB Malaysian Open, CIMB Singapore Women's Squash Masters, Forexx Dutch Open, Hi-Tec Open and Qatar Classic.
Meanwhile, in the men's singles, Amr Shabana of Egypt beat second seeded Gregory Gaultier of France 10-7,13-15,8-11,11-2,11-3 in match that lasted 90 minutes.
RESULTS (All Finals):
Women's singles: NICOL ANN DAVID (MAS) bt Racheal Grinham (AUS) 14-12, 11-13, 11-8, 11-8
Men's singles: AMR SHABANA (EGY) bt Gregory Gaultier (FRA) 10-7,13-15,8-11,11-2,11-3.
-- BERNAMA

AT LEAST SEVEN MEN DETAINED AT ILLEGAL ASSEMBLY

KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- At least seven men, including several Pas Youth leaders, were detained on suspicion of being involved in an illegal assembly at the Ampang Jaya Municipal Council Square in Pandan Indah, here tonight.
They were all taken to the Pandan Indah Police Station for questioning.
Pas Youth head Salahuddin Ayub, who is also the Member of Parliament for Kubang Kerian, Kelantan, said he was present at the gathering to disperse the supporters of the Movement for the Abolition of ISA (GMI), who had held assembled because they were not informed that the gathering did not have a permit.
"I came to carry out my duty and to disperse them because they were not informed, but they were detained even before the time given for them to disperse had expired," he told reporters outside the police station.
The gathering at the square, which started at 9pm, was held in conjunction with the launch of the Anti-ISA campaign which was scheduled to be opened by Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim. However, Anwar did not turn up. (Bernama)

Ferguson yakin United boleh kejar Chelsea

BIRMINGHAM: Alex Ferguson menegaskan betapa cabaran Manchester United untuk menjulang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih bernyawa di sebalik ketinggalan lapan mata kepada pendahulu carta. Red Devils terlepas peluang terbaik untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Chelsea dan kelab tangga kedua Liverpool kepada hanya enam mata, dengan kelebihan satu perlawanan. Tetapi selepas dua kelab teratas itu terdahulu seri tanpa jaringan, United mempamerkan persembahan hambar di Villa Park, kelmarin - gelanggang di mana mereka menang 11 kunjung sebelum ini. Mereka juga terikat seri tanpa jaringan kali ini.
Ia mungkin lebih buruk buat Ferguson jika bukan kerana pengadil, Chris Foy tidak melayan rayuan tuan rumah untuk sepakan penalti separuh masa kedua. United yang menduduki tangga ketiga mungkin ketinggalan lebih jauh dalam saingan kejuaraan apabila mereka berkunjung ke Jepun, bulan depan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Kelab Dunia 2008. “Kami akan ketinggalan dua perlawanan apabila tiba Januari. Tetapi saya berpendapat kami mampu untuk mengejarnya,” kata Ferguson mengenai jurang di antara United dan pendahulu liga.
“Jika kami dapat menghampiri kepada dua atau tiga mata dengan pendahulu apabila tiba Tahun Baru, ia pasti melegakan buat kami. Ia akan meletakkan kami dengan peluang terbaik. “Ia tidak sukar, tidak dengan kelab kami. Kami berkemampuan memenangi banyak perlawanan dan semua orang tahu mengenainya,”

BPA banyak terima aduan kelewatan

KUCHING: Lebih 42 peratus daripada aduan yang diterima Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah membabitkan kelewatan kakitangan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam menguruskan hal berkaitan rakyat. Timbalan Ketua Pengarah BPA, Mohd Zin Musa, berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, lebih 6,600 aduan diterima pihaknya di seluruh negara membabitkan pelbagai isu termasuk penyelewengan dan salah guna kuasa. "Namun jumlah yang paling banyak adalah membabitkan isu kelewatan yang terpaksa dihadapi orang ramai ketika berurusan dengan jabatan kerajaan yang banyak berurusan dengan masyarakat.
"Dari jumlah aduan berkenaa, BPA berjaya menyelesaikan 39.4 peratus dengan kita akan berusaha meningkatkan peratus penyelesaian ini sebelum penghujung tahun ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu di sini, semalam. Pada majlis semalam, agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Eksais serta Pejabat Kesihatan Negeri menyertai program yang bertujuan memudahkan orang ramai membuat aduan secara terus. (akhbar Berita Harian)

Ahad, November 23, 2008

Penganggur cuba bunuh diri di tandas awam didenda

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret mendenda seorang penganggur RM1,000 atau enam bulan penjara kerana cuba membunuh diri dalam tandas awam.
Menurut fakta kes, Lee Chon Xin, 29,dari Kampung Sepang, Telupid, mengelar pergelangan tangannya sebelum keluar dari tandas lelaki terletak di tingkat satu sebuah kompleks membeli belah.
Tertuduh didakwa keluar dari tandas itu dengan berlumuran darah dari pergelangan tangan kirinya. Selepas disoal siasat oleh pengawal keselamatan, Lee mengakui menggunakan pisau yang disimpan dari dalam poket seluarnya untuk mengelar tangannya itu.
Tertuduh kemudiannya dihantar ke balai polis Tanjung Aru sebelum dikejarkan ke Hsopital Queen Elizebath untuk mendapatkan rawatan luar. Lee mendapat enam jahitan akibat perbuatan mengelar tangannya itu.
Dari siasatan mendedahkan dua pengawal keselamatan yang membuat aduan itu setelah menerima arahan dari ketuannya untuk mengiringi Lee yang cuba melepaskan diri selepas diberkas kerana tidur di tingkat bawah bangunan itu selama tiga hari bermula 12 Nov lepas.
Penganggur rakyat tempatan yang mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau dalam percubaannya membunuh diri mengaku salah di hadapan Majistret Arabi Wazani melakukan kesalahan itu di Tingkat Satu Blok F, Plaza Tanjung Aru, Kota Kina-balu pada 14 Nov bulan ini kira-kira jam 7 pagi.
Di mahkamah yang sama, dua orang lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana bergaduh di khalayak ramai.
Rakyat asing, Sabree Fadzil Eskam,20, dari Kampung Cenderamata Likas 2, dan Bo-naventure Kulus,18, dari Kampung Ganang, Kepayan, mengaku bersalah kerana mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di Tingkat 4, Palm Square, Centre Point dekat sini pada 15 Nov kira-kira jam 4.45 petang.
Menurut fakta kes, kakitangan operasi melihat dua pemuda itu bertumbuk melalui CCTV. Dia meminta bantuan pengawal keselamatan untuk meleraikan pergaduhan itu.
Dari siasatan mendedahkan, kedua-dua lelaki itu menggunakan tali pinggang semasa pergaduhan. Punca pergaduhan ini adalah kerana salah faham dan salah seroang tertuduh di bawah pengaruh alkohol. Mahkamah mengarahkan Sabree dihantar balik ke negara asal selepas menjalani hukuman penjara. (akhbar New Sabah Ties)

jalan laut antara laluan utama penjenayah masuk ke sabah: km

RENJIS...Musa merenjis Bot Marin selepas penyerahan bot itu
di Dataran Kawad IPK kelmarin
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata jalan laut dikenal pasti sebagai antara laluan utama penyusupan elemen asing dan penjenayah masuk ke Sabah.
Beliau berkata ini termasuk aktiviti penyeludupan bahan peledak bom, dadah, senjata api, rokok dan telur penyu yang pasti akan mengancam keselamatan negeri dan kesejahteraan rakyat.
“Gejala ini perlu dibendung melalui kawalan ketat di sempadan dan melaksanakan kaedah pencegahan melalui operasi Pasir dan Ops Tayang. “Selain menambah bilangan anggota keselamatan, penyediaan aset seperti radar dan bot peronda juga amat penting bagi memastikan aspek keselamatan di kawasan perairan sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan lima bot penyamaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini kelmarin.
Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata walaupun aspek keselamatan terletak dibawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan namun kerajaan Sabah sentiasa prihatin dengan keperluan aset PDRM demi meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini.
Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju meluluskan pembelian lima bot penyamaran itu yang berharga RM298,800. Menurutnya kelima-lima bot berkenaan direka khas untuk tujuan penyamaran dan mempunyai kuasa tinggi yang dijangka dapat menandingi keupayaan enjin bot yang sering digunakan oleh pihak musuh.
Musa berharap dengan bot-bot itu kelak, ia akan dapat meningkatkan lagi keupayaan PDRM khususnya polis marin untuk menjalankan rondaan dan liputan keselamatan dalam usaha mengesan dan memerangi anasir jahat.
Beliau berkata ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk mengawal keselamatan di sepanjang perairan Sabah yang sering terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan terutama kemasukan pendatang tanpa izin. Katanya kestabilan politik, keamanan dan kemakmuran ekonomi negeri dijangka terus menjadi tarikan kepada pendatang tanpa izin menyusup dengan menggunakan bot laju ke negeri ini. (akhbar New Sabah Times)
Musa presenting a souvenir to Mohd Zin (third from right)
during a courtesy call at Sri Gaya yesterday.
KOTA KINABALU: The federal government has allocated some RM17 billion to pave all roads within 30km radius of towns in Sabah by the year 2015.
Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed said the huge allocation was in line with the government’s vision and commitment to boost the state’s infrastructure development.
“We are aware that there are still many roads which have not been upgraded or paved in Sabah and there are also places in the rural areas which have no roads at all.
“We hope to complete the project by 2015 or at the latest by 2017,” he told reporters after a briefing on the state’s infrastructure development here.
Mohd Zin said Sabah had 15,756km of roads of which 5,686km are paved roads and 9,635km gravel roads. The rest are laterite roads.
He said the federal government was also looking into the state government’s application to pave a 150km road connecting Sapulut in Pensiangan and Kalabakan in Tawau with an estimated cost of RM100 million.
Mohd Zin also asked the state’s Public Works Department to list down priority road projects to facilitate the channelling of funds.
On infrastructure developments in Pensiangan, a district in the state’s interior, he said the federal government would continue to provide basic amenities there, particularly roads, for the benefit of the people.
Mohd Zin also said that he would be visiting the Pensiangan parliamentary constituency today to see for himself the situation in the area.
The Minister also met with Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman at Sri Gaya. Also present was State Infrastructure Development Minister Raymond Tan Shu Kiah. (akhbar New Sabah Times)

Chong Wei gagal juarai Terbuka China

KUALA LUMPUR _ Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal menebus dendam ke atas Lin Dan selepas tewas lagi kepada jaguh China itu dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China di Shanghai, sebentar tadi.
Malah, Malaysia juga gagal membawa pulang sebarang gelaran selepas beregu wanita utamanya, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tumpas 14-21, 19-21 kepada pasangan tuan rumah, Zhang Yawen-Zhao Tingting.
Chong Wei yang tewas kepada Lin Dan pada saingan akhir Sukan Olimpik Beijing, Ogos lalu terus gagal menyaingi pemain nombor dua dunia itu apabila tunduk 18-21, 9-21. - Utusan

Lelaki bunuh bekas menteri kerana kecewa haiwan peliharaannya mati

TOKYO 23 Nov. – Seorang lelaki Jepun menyerah diri hari ini selepas mengaku membunuh seorang bekas timbalan menteri dan isterinya.
Bagaimanapun polis terkejut dengan kenyataan bahawa dia membunuh pasangan itu kerana didorong oleh perasaan sedih atas kematian haiwan peliharaannya, lapor Kyodo News.
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan dan Kebajikan, Takehiko Yamaguchi, 66, dan isterinya Michiko, 61, ditemui mati ditikam di bahagian dada di apartmen mereka, Selasa lalu.
Pada hari yang sama, isteri kepada seorang lagi bekas Timbalan Menteri Kesihatan dan Kebajikan, cedera parah ditikam di pintu masuk rumahnya oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar barang.
Polis sebelum ini beranggapan pembunuhan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan menangani isu sistem pencen. (akhbar Utusan Malaysia)

Harga petrol dijangka turun 15 sen lagi

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi akhir bulan ini, masing-masing kepada RM1.85 sen seliter dan RM1.75 seliter. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan berkenaan membolehkan rakyat menikmati harga runcit petrol dan diesel terendah selepas kerajaan mengumumkan petrol dijual dengan kadar RM1.92 seliter, mulai 1 Mac 2006 sebelum dinaikkan pada Jun lalu. "Saya jangka kerajaan bakal mengumumkan satu lagi penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi, akhir bulan berikutan aliran harga minyak mentah dunia terus menjunam ketika ini.
"Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh menurunkan harga petrol dan diesel melebihi 15 sen seliter kerana kita perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pemberian subsidi dan bayaran rebat kepada pemilik kenderaan yang kini mencecah hampir RM18 bilion," katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Botani Putrajaya, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan menurunkan harga petrol di bawah RM1.92 sen berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia kini menjunam kepada AS50 setong, sejak kelmarin. Shahrir berkata, kerajaan mungkin memperkenalkan harga lantai bagi petrol dan diesel, iaitu penetapan had minimum harga boleh diturunkan dengan kadar dijangka pada paras harga sebelum penstrukturan semula bahan Jun lalu atau lebih rendah daripadanya.
Beliau berkata, penurunan harga minyak dunia yang ketika ini mencecah AS$50 satu tong, memerlukan kerajaan memikirkan semula strategi mengimbangi keadaan. (akhbar Beita Harian)

Majlis Fatwa haram yoga

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.
"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu. "Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan. "Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat. "Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya. Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera. Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu. Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan. (akhbar Berita Harian)

Jumaat, November 21, 2008

RM1.4m for Rakyat's benefit

Kota Kinabalu: Members of Parliament and assemblymen in Sabah will have more money to spend on developing their constituencies next year, with RM1million and RM400,000 allocated to them, respectively, from the RM1billion special allocation provided under the Ninth Malaysia Plan (9MP) Mid-term Review.
The RM1bil special allocation approved by the Federal Government is meant for the expenditure of several people-centric development programmes urgently needed in Sabah.
Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan said this special allocation comes under the control of the Implementation Coordination Unit (ICU) of the Prime Minister's Department and will be channelled through the State Development Office.
Replying to Kiulu Assemblyman Datuk Louis Rampas during the question and answer session at the State Legislative Assembly here Wednesday, Tawfiq said the State Government had identified several public and basic infrastructure projects to be considered and approved by the ICU for implementation.
These include construction of town roads, agricultural roads, tourism, bridges and rural water supply.
He urged elected representatives to discuss with local authorities in their respective constituencies on development projects to be implemented using this allocation.
He said this needs to be given serious attention because the list of proposed projects needs to be submitted to the ICU before the end of this month.
The development projects to be proposed must be completed within the 9MP period which ends on December 2010, he said.
To another question, Tawfiq said as far as he is concerned the Federal Government has not made any announcement about any RM4bil allocation for Sabah. (akhbar Daily Express)
SANDAKAN: Marine police have thwarted an attempt by 46 Filipinos from the Philippine island of Cagayan close to the border with Sabah, to slip into Sandakan in a fishing boat.
A marine police boat intercepted a fishing boat which was heading towards Batu Putih near Mile 7 Jalan Airport at about 3.45am yesterday.
The marine police personnel then conducted a check on the passengers and the boat skipper and found they did not possess any valid documents.
Disclosing this yesterday, acting district marine police commanding officer Chief Inspector Sri Vikneswaran Renganathan said the fishing boat had just arrived in Sandakan from Cagayan Island when it was stopped by police.
“The boat was then escorted to the marine police base,” he said, adding that the foreigners would be referred to the Immigration Department for further action.
The detained Filipinos comprised 20 men, 14 women and 12 children, aged between 12 and 60.
Sri Vikneswaran said the boat was registered in Malaysia and that they were now investigating to determine if any local individual or agent was responsible for trying to bring these Filipinos into the country illegally.
He meanwhile appealed to the locals to contact the district marine police at 089 221423, 221424 or 221453 if they have any information on illegal activities in Sandakan waters.
On October 13 between 9pm and 11pm, marine cops nabbed 77 Filipinos trying to enter Sandakan in one pump boat and two jongkongs (long boats). (akhbar new sabah times)

Tiga terbunuh termasuk bayi dalam kemalangan

SANDAKAN: Tiga terbunuh termasuk seorang bayi sementara tiga yang lagi terselamat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki dua pasangan keluarga ber-tembung dengan sebuah lori membawa sawit di Kilometer 44, Jalan Sandakan – Beluran di sini petang kelmarin.
Mangsa terbunuh yang juga pemandu pacuan empat roda jenis Frontier itu dikenali sebagai, Wan Mohd Yusli Bin Pg Yusop, 30, dan seorang bayi tiga bulan, anak kepada Wan Mohd Yusli serta seorang lagi kanak-kanak perempuan, berusia 9 tahun anak kepada pasangan rakan mereka.
Dalam kejadian lebih kurang jam 1 petang itu kesemua mangsa dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu.
Mereka yang terselamat dalam kemalangan itu, ialah isteri kepada Wan Mohd Yusli, Fatimah, 30an, dan Jaya Bin Baharum dan serta isterinya, Nurhidayah Awang Damit, 30an yang kini dilaporkan parah di Hospital Beluran.
Ketua Polis Daerah, ACP Rosli Mohd Isa yang mengesahkan kejadian berkata polis sedang menjalankan siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987.
Usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah yang bergegas ke tempat kejadian, sebaik menerima panggilan lebih pukul 1.55 petang.
Mayat ketiga-tiga mangsa terbunuh telah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK), untuk bedah siasat. Kemalangan jalan raya di Jalan Sandakan – Kota Kinabalu telah meragut lima nyawa dalam seminggu apabila seorang pegawai Leftenan Muda Tentera Laut Diraja Malaysia yang dipandunya dihempap pokok besar pada Ahad, diikuti seorang pemuda berusia 25, pada Selasa dan kes kemalangan ketiga pada hari Rabu di jalan utama di daerah ini. (akhbar new sabah times)

Khamis, November 20, 2008

Kinarut site or SMC?

Kota Kinabalu: The State Government has identified 50-100 acres near Kinarut as the proposed location for the new hospital to replace Queen Elizabeth Hospital (QEH), said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
Speaking to reporters after a brief meeting with Health Minister Datuk Liow Tiong Lai at his office in the State Legislative Assembly building on Tuesday, he said:
"The Minister has, in principle, agreed with the proposal and will be bringing the matter up to the Federal Cabinet for discussion".
According to Musa, the State Government had requested that the hospital would be able to accommodate more than 600 beds.
Meanwhile, Elizabeth Majaham reports that the Ministry has also not ruled out buying over Sabah Medical Centre (SMC) if the price is right.
"One very urgent thing that the people of Sabah need is a cardiac-thoracic centre. This has been highlighted many times," said Minister Liow.
"I need to take immediate action to ensure the centre is available in Sabah, especially in KK, so that we don't have to send our patients all the way to IJN. Some heart patients whose blood pressure is not stable can't travel by plane. Travel is also costly."
However, the Ministry is still considering all options instead of rushing into acquiring SMC. "We are looking at all possibilities. I reiterate that we must think of the patients' interest. How we can serve them better, for example, in any emergency.
"If we want to build a new one it will take time, maybe three, four, five years. If we buy an existing one we can also quickly put in the cardiac-thoracic centre and immediately Sabah can have one rather than waiting for a new one to be built.
"Actually the 9MP has already approved the budget to build one cardiac thoracic centre somewhere near QEH, at the carpark. But we have not decided (on that site) yet.
"If we buy SMC, then the centre will be set up there. Even then I would say that we must be very transparent - about the price of SMCÉ valuation must be proper. We will get a few valuations.
"If the price is not okay, we won't buy. It must be for the interest of the people in Sabah. We have to look at all aspects." (akhbar Daily Express)

Green MyKad move queried

Kota Kinabalu: Both Sabah Barisan Nasional and opposition leaders Tuesday questioned the current registration of "stateless people" at National Registration Department offices statewide that would enable them to obtain the green MyKad.
They feared that the document would end up not in the hands of "stateless" locals in the interior but to foreigners who may be armed with birth certs issued by hospitals in Sabah. They said the Federal Government's decision to issue the green MyKad should have been explained fully to the people before the NRD went ahead.
Already IMM13 holders and illegal immigrants with children born in the State are treating it as an opportunity to make their presence in the State easier and trouble free, said Moyog Assemblyman, Donald Mojuntin.
"We can gauge this by their numbers congesting the NRD offices here and in Tawau," he said on the sidelines of the State Budget sitting, Tuesday.
The Daily Express reported that thousands of "stateless" people had thronged the NRD offices at both places, some as early as 6am, since the weekend after the department announced it will start re-issuing the green MyKad.
It is understood that holders of the Green MyKad are allowed to work without requiring a permit and the card is valid for five years. If they are found to be involved in criminal activities during this period, the document would be revoked. A birth certificate is necessary for the registration.
"I would have thought the ultimate purpose of the issuance of the green MyKad is to ease the problem of genuine Malaysians who have trouble getting their citizenship due to the fact that their parents did not register their birth. This is due to many factors such as geographical and lack of knowledge on the need for such an important document. I believe this problem is prevalent in Sabah, especially in areas like Sindumin, Paitan and Pensiangan," said Donald, who is also State Assistant Minister of Resource Development and Information Technology.
He said even in Penampang, which can be regarded as a suburban area, he had received, in his capacity as Chairman of the Upko Citizenship and Security Bureau, a number of cases involving "anak watan" (native) Sabah who have no birth certificate and, therefore, not citizens of Malaysia.
This birth certificate problem is real and needs a focused effort to sort out, he said, adding the issuance of the green MyKad should be prioritised to locals without birth certificates who are waiting for their late registration of birth to be approved and, subsequently, would be waiting for their citizenship application to be considered.
"What we don't want is this exercise further aggravating the perception among the genuine Sabah populace that it is easier for illegals to obtain identity documents than for locals to do so," he said. (akhbar Daily Express)

Kapal lanun Somalia dimusnah

MOGADISHU - Sebuah kapal perang tentera laut India berjaya memusnahkan sebuah kapal lanun di Teluk Aden, Somalia, kelmarin.
Walaupun dengan kehadiran sejumlah besar tentera laut asing di perairan tersebut, kumpulan lanun di Somalia telah merampas dua buah kapal lagi.
Kumpulan lanun tersebut merampas sebuah bot nelayan dari Thailand, sebuah kapal pengangkut dari Greece dan sebuah kapal Hong Kong yang dalam perjalanan ke Iran.
Rampasan tersebut berlaku selepas kumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki dari Arab Saudi yang membawa minyak mentah bernilai AS$100 (RM361 juta) pada Sabtu lalu.
Kejadian rampasan kapal tangki tersebut mengejutkan dunia kerana ia merupakan kapal terbesar dalam sejarah yang pernah ditawan.
Tentera laut India berkata, sebuah kapal perangnya, INS Tabar yang berada di Teluk Aden itu berjaya memusnahkan sebuah kapal milik kumpulan lanun selepas berlaku satu pertempuran pada lewat kelmarin.
"Kapal lanun itu terbakar dan letupan juga kedengaran kemungkinan berpunca daripada letupan peluru yang disimpan," katanya.
Biro Maritim Antarabangsa memberitahu bahawa kumpulan lanun dari Afrika telah menawan sebuah bot nelayan dari Thailand yang membawa 16 anak kapal.
Kejadian itu diikuti dengan penawanan sebuah lagi kapal dengan muatan bijirin dari Hong Kong yang dalam perjalanan ke Iran.
Sebuah kapal pengangkut dari Greece juga dilaporkan dirampas tetapi seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Marin Greece menafikan perkara itu berlaku.
Kegiatan lanun yang semakin menjadi-jadi di perairan Somalia pada tahu ini mengakibatkan kos insurans dan kos operesi meningkat kerana sebilangan syarikat perkapalan mengambil keputusan untuk memesongkan laluan.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa buah negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghantar kapal perang di Teluk Aden bagi memerangi lanun. (akhbar Kosmo)

'Dia anak derhaka'

KAJANG - "Sejak terjerumus ke dalam ajaran ini (Ajaran MLM) beberapa tahun lalu, anak saya seperti sudah hilang arah, hilang hormat malah sanggup ingkar nasihat ibu bapa, dia lain sekarang, dia sudah jadi anak derhaka.'' Begitulah luahan perasaan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah, 40-an yang mengesyaki anak lelaki kesayangannya itu, Nizam, lewat 20-an, (bukan nama sebenar) telah 'terperangkap' dengan 'Ajaran MLM' yang didedahkan oleh Kosmo! melalui siri laporannya sejak Ahad lalu. Kekecewaannya semakin mendalam lebih-lebih lagi apabila Nizam terpengaruh dengan kata-kata manis yang menjanjikan 'habuan besar' oleh kumpulan yang mengimpikan 'negara jelmaan' itu. "Saya pernah dengar bahawa dia kata, dia akan dapat apa saja yang dia nak kalau 'kerajaan baru' terlaksana, apa saja yang dia impikan... kereta besar, rumah mewah pasti akan ditunaikan oleh ketuanya,'' ceritanya sambil memberitahu Nizam mempunyai nama gelaran lain di kalangan ahli kelas tilawahnya. Selain itu, Ramlah juga mendapat tahu, 'kesetiaan' menjadi pengikut 'Ajaran MLM' untuk tempoh yang lama dikatakan turut akan 'dibayar' dengan menduduki 'hierarki' yang lebih tinggi dan dihormati. Ramlah yang ditemui di sini berkata, dia sekali-kali tidak menduga serta amat terkejut dengan tindakan anak kesayangannya itu kerana Nizam mendapat didikan penuh di sekolah agama, sopan-santun dan tidak sekali pun meninggalkan solat. Namun, semuanya bermula sejak kira-kira tiga tahun lalu apabila Nizam mula menunjukkan sikap yang pelik gara-gara kerap keluar malam hingga ke pagi dengan alasan ke kelas agama hingga mengganggu disiplin waktu bekerjanya. Geram dengan sikap Nizam yang kerap kali mendiamkan diri apabila ditanya akan perubahannya, akui Ramlah, adakalanya timbul perbalahan dan pertengkaran. "Yang terpacul daripada mulutnya adalah 'keadilan' dalam memperjuangkan negara Islam tulen,'' beritahunya yang sudah hilang kudrat untuk menasihati anaknya itu akibat ketaksuban memperjuangkan 'Ajaran MLM' itu. Menurut Ramlah, tembelang yang menjadi rahsia peribadi Nizam selama ini akhirnya terbongkar dengan bahan bacaan mengenai kelas tilawahnya ditemui di dalam kamar biliknya. "Terkejut bukan kepalang saya dan bila dirujuk dengan tokoh agama dan ustaz, terbukti ajaran yang diikutinya terpesong,'' luahnya. (akhbar Kosmo)